Click!Click!

Wednesday, January 19, 2011

"Bankrap lah bapak tok lak mun kitak orang sik pandei berjimat!"

huhuhu...


Wahahaha...(sila tetak nada orang jahat)..nangga uols tajuk n3 tok lok...panjai naaaaaa juak? sik dapat panjang agik kah Mania? yerdeh...sajer jer nak Kdrama (korean drama) ckit..ya adalah senario yang akan dibicarakan kaktok, tunggguuuuu....

uols, salu sik nengar dialog cam tajuk n3 di atas ya? Rasa kamek lam Kdrama ada juak dialog gia koh...google jak kitakorang mpun sinun, from bahasa sarawak to Hangungmal (bh korea tek), aih..perey naa- nak ngaja bh korea segala ompuan tok..

ney duit ney?


okie..focus- adik kakak anak anak sekalian- gerenti penah mak bapak kitak orang madah gia nak - sikit sikit lak mun di pintak duit alu madah "sik lamak gik bankrap mun ko salu gilak mintak duit", mundak mak klak salu juak berbunyi "dah abis dah duit mak tek mbak meli kain, dan bankrap dah mak tok sik ada duit agik.." - ish ish...jangan yer ibu2 bapak2 berbunyi gia..kata-kata adalah doa...(hihi takuuut sudah?)


Definisi -
BANKRUPT/BANKRAP ataupun MUFLIS merupakan satu senario atau keadaan di mana debtor/si penghutang (orang yang berhutang) tidak lagi mampu membayar segala hutang piutang nya terhadap kreditor / creditor (orang tempatnya berhutang seperti bank, peminjam wang, along, meenachi, babuji  etc) maka dia akan dideklarasikan sebagai bankrap. Segala aset si penghutang akan dikendalikan oleh Jabatan Insolvensi, di mana jika terdapat sebarang harta milikan si penghutang (yang didaftarkan di atas nama  penghutang) maka harta2 tersebut akan dijual atau dilelong untuk merealisasikan atau membayar hutang piutang si penghutang kepada Kreditor. So, bila dah bankrap, si bankrap adalah tertakluk kapada perkara2 tersebut:

  1. Bankrap akan terpaksa menyerahkan harta benda milikannya kepada DGI - contohnya: tanah, rumah , kereta - these are 3 basic things. Mun gik laptop, lampu ikea, sofa, wallpaper, dvd, blender sik da cdak DGI pian nak ngambik
  2. Si bankrap tidak akan dapat pergi keluar negara, kecuali dengan kebenaran dari cdak ya. Setelah dibankrapkan passport terpaksalah diserahkan kepada DGI.
  3. Si bankrap sik dapat mukak akaun bank tanpa persetujuan dari DGI
  4. Si bankrap sik dibenarkan untuk jadi company director atau pengarah syarikat.
  5. Gaji Si bankrap akan dipotong dan dibayar kepada DGI untuk membayar hutangnya kepada kreditor, atopun setiap bulan si bankrap akan disuruh membayar sejumlah bayaran kepada DGI untuk melunaskan hutang piutang terhadap kreditor.

DGI ya siapa deh?
Bung....DGI atopun Director-General of Insolvency adalah pegawai yang disahkan untuk mentadbir aset si penghutang. Sidak tok ada duduk mengarey di Jabatan Insolvensi.Sidak DGI tok dilantik oleh pihak mahkamah, bukan main sebarang mauk jak jadi DGI. Sidak tok lah akan molah siasatan keatas aset2 si bankrap, so sik dapat lah nak bulak2 you....Sebarang bayaran dari si bankrap kepada Kreditor akan dipolah di ofis DGI.

Tujuan
Tujuan pembankrapan (adaka word tok?) adalah untuk melindungi si penghutang dari terus membuat hutang/loan/pinjaman yang lebih banyak kepada kreditor yang lain. Interest ataupun kadar faedah dari pinjaman yang dibuat juga akan dihentikan setakat tarikh kebankrapan dibuat. Faham sik part tok? Contohnya lah Ali molah pinjaman dari bank sebanyak RM50 ribu selama 10 tahun dan pinjaman tersebut adalah berdasarkan kadar faedah 6% setahun. Sekiranya Ali telah gagal untuk membayar pinjaman tersebut pada tahun ke 3 dan pada masa itu Ali telah dibankrapkan, maka interest/kadar faedah akan berhenti setakat Ali dibankrapkan, bukan selama tempoh pinjaman 10 tahun . Apabila Ali dibankrapkan, maka Ali tidak akan dapat memohon atopun membuat pinjaman ke mana mana bank yang lain. Dalam reti kata lain, bayar lok hutang bank A baruklah mintak loan ngan bank B, get it? Above all, it protects and safeguards rights of debtor and creditor.

adeh....banyak juak utangku..duit kutu lom berbayar gik..

Giney pandey bankrap indah tek?
Haaa...part tok best, bankrapnya manusia tok bukan segal mbak makan KFC, atopun mbak men kuda nak berenjut-renjut d Choice Ria ya, tapi adalah sebab2 yang akan dipadah kaktok. Baca ko lok... Gitok, orang akan dideclare bankrup mun nya sik mampu membayar hutang2nya. Hutang yang dimaksudkan bukanlah setakat RM10 or RM20 tapi minimum hutang di mana adanya risiko bankrupsi datang ngecol adalah sebanyak RM30,000.00 ke atas. Dolok2 minimumnya adalah RM10 ribu, tapi dah banyak gilak urang bankrap segal utang RM10 ribu, undang2 pun dipinda dan jumlah minimum adalah sebanyak RM30 ribu.

Antara2 arena (apakah arena segala..) yang menyebabkan seseorang ya terdedah kepada bankrapsi adalah seperti bila:
  • membuat pinjaman rumah, pinjaman nak kawen, pinjaman pelajaran, pinjaman sewa beli (contohnya kereta)
  • menjadi guarantor/penjamin samada sosial guarantor (spt guarantor untuk study loan, housing loan, car loan) atopun corporate guarantor( spt business loan, jadi partner in bisnes ka)
  • sik bayar credit card (tok paling cepat interest nait)

How to avoid bankruptcy?
boh berutang langsung...mustahil nak?
When I shop, the world gets better, and the world is better, but then it's not, and I need to do it again. (luvvv her reason... sigh)
No...its not Avon bag..its Hermes Birkin lahhhhh

  •  be careful of your spending habits - jangan di ikut gilak naluri shopaholic ala Becky Woods am citer Confession of a shopaholic or try nak shopping ala-ala Victoria Beckham ko ya....mun gik si Posh tok boh ko nak celen, beg Hermes Birkin nya ajak ada lam 100 igek gia, worth lebih sejuta you...siney juak ko nak nyangkut beg ya nong!
  • do not over-commit to too many loans termasuklah hire purchase - mun sik dibayar nanges dudi ari..
  •  jangan sukati2 jak jadi guarantor/penjamin - takut klak mun orang ya sik terbayar loan sidak, ko kenak carik juak
  •  mun nak molah bisnes, fikir2 lok dapat survive sik..bukan pesimis..tapi cek juak kemampuan dirikpun lokk, mun jual cucur pisang boleh kali..atopun twister potato kah..yummeh
weeee....nyem nya..

  • mun nak masok dalam sesebuah perkongsian perniagaan (partnership)- selidik dolok latar belakang company ya...takut klak uols jadi partner sama berhutang (liabiliti atopun hutang company ya dolok) perey nyawa..

So uols....berhati-hati bila makey word 'bankrap' ya...jangan sikit2 kelak madah dirik bankrap mun sik da duit. Tang ujong2 bankrap mena bok tauk...Mun ndak alah2 madah bankrap ngan anak, tang ada jak anak madah ngan org lain "Bapak saya dah bankrap koh" haah...sapa malu, ndak ka bapak ya ajak? haha..Pengertian bankrap ya terlalu besar untuk disebut-sebut main gia.

Okie...dah..dah.. secara sempoinya toklah retikata bankrap sebenar. Ingat pesanan penaja, mun nak tauk lebih lanjut silakan baca buku-kulit-tebal-sik-da-gambar-langsung-dan-boleh-tido-mun-dah-sampey-perenggan ke2 ......- haih...panjang juak nama buku yaa???? 

gambar sekadar hiasan...jangan cuak okeh?
 [pic credit: olwes Mr Google]


Ingatan buat semua dan diri sendiri.Sekadar berkongsi. Bubbye...

No comments:

Post a Comment